Sunday 7 October 2012

Ku dahulukan dengan basmalah dan salam

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Terlebih dahulu ana ingin berterima kasih kerana sudi singgah di ruangan ana ini. Semoga dapat kita manfaatkan ilmu Allah sama-sama ya? 

Jadi, ana ingin perkenalkan diri ana. Nama ana, Ummi Khalifah (bukan nama sebenar). Ana beragama Islam dan ana bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Berapa umur ana? Dari mana asal ana? Ya, terima kasih kerana tertanya kerana ana tidak mahu beritahu, hehe. Cukuplah mereka sahaja yang mengenali diri ana. 

Ana berhajat untuk menyampaikan sirah-sirah nabi dan apa sahaja yang bermanfaat berkaitan Islam. Walaupun ada yang sudah berpangkat bapa, ana yakin masih ramai yang ingin mencari lebih ilmu pengetahuan berkenaan Islam. Ya, sampai ke hari tua pun belum tentu kita khatam. Ilmu Allah itu terlalu luas, bukan? Jadi sebelum diseru Ilahi, kita kautlah banyak-banyak. Tapi jangan sia-siakan ilmu pula ya? Nanti tak pasal-pasal "ketar lutut" bila ditanya di akhirat kelak. Hehehe. Ana berharap disini ana dapat menambah ilmu kalian begitu juga ana sendiri. Andai ada kesalahan dalam penyampaian ana, khabarkanlah dengan baik. Ana akan cuba perbaiki sebaik mungkin. 

InsyaAllah. Semoga kalian dibawah lindunganNya =)